Sunday 21 May 2017

MAKLUMAT SYARIKAT PELANCONGAN




      NAMA SYARIKAT : BINABINA & SUKASUKASENDIRI  SDN.BHD


      ALAMAT : NO28  JALAN PERMAISURI INDAH, PEKAN KUAH LANGKAWI KEDAH


      NO.TEL : 0143875421


      EMAIL: KEDAHPIALAMALAYSIA2017@GMAIL.COM

MAKANAN MENARIK YANG TERDAPAT DI PULAU LANGKAWI

Salam dari Senaling,
Tahun ni kami tak ulang ke tempat makan yang sama seperti tahun 2015 atau 2014. Harap-harapnya di sudut hati mak, happy la hendaknya dengan kemeriahan acara makan-makan tahun ni.

Boleh klik sini untuk tempat best yang kami makan tahun lepas. Dan akhirnya aku tahu nama kedai yang jual macarron salted caramel yang sedap tu. Le Pizzerie namanya lebih kurang. Bau pizzanya menusuk kalbu, tapi ketegaq kan tak nak makan di tempat yang sama :(

Jom Ikan Bakar, Padang Mat Sirat
Turun dari Lapangan Terbang Antarabangsa Langkawi, terus cari gerai ni. Letaknya sangat hampir dengan airport. Tepi jalan je. Bertentang dengan medan selera. Dari roundabout (kalau dari airport) amik kiri terus, pastu terus usha kanan jalan. Sebelum traffic light. Kalau jumpa traffic light maknanya kena wat u turn lettew.


Nasi campur dan ada bakar-bakar juga. Ayam bakar, ikan bakar, sotong bakar. Meriah juga kami makan tengahari tu. Dua ketul ayam bakar, tiga ekor sotong bakar, sekor ikan keli bakar, sup daging, bawal masak merah, ulam-ulaman harga RM36 je. Murah.

Air free disediakan pulak tu. :)

Restoran Wan Thai Pekan Kuah.
Review yang aku baca sebelum datang ke Langkawi tentang restoran ni ialah makanan memang tiptop, tapiiiii harga ketat. Jadi aku dah standby mental dan poket sebelum ke sini.



Cozy place. Exclusive. Itu yang aku boleh kata tentang restauran ni. Bayaran berpada dengan makanan, layanan dan suasana. Memang berbaloi. Dah macam kat Thailand pun ada. Aku cari restaurant ni guna Waze. Mungkin disebabkan kami pergi pada hari Isnin maka tempat makan takdelah padat bebenau. Kalau cuti umum, cuti sekolah, hujung minggu, khabarnya penuh di sini sampai kena queue nak duduk.  

Kami makan jenahak medium stim, udang goreng tepung medium, kerabu mempelam, tomyam campur, telur dadar medium; Harga RM122. Mental bersedia untuk harga RM200 ke atas. Macam okay juga. Tadala ketat sampai tak bernafas harganya kan?

Pak Malau Nasi Dagang
The house of Nasi Dagang. Lauk macam-macam. Gulai ayam kampong, gulai ikan tongkol, gulai daging, kurma kambing. Rasa memang sedap dan paling win ialah suasananya.



The origin of Nasi Dagang with gulai ikan tongkol. Since the origin is too common. So,we order set kambing, daging and ayam too. Sungguh-sungguh kami melantak pagi tu sebab bajet nak cover sampai tengahari. Huhu

Harga RM55 untuk satu set ikan tongkol, daging dan kambing serta dua set ayam.

The view. Oh maiii... Mejanya boleh dialih-alihkan ikut redup pohon.



Kedai Makan Simpang, Pantai Chenang
Kedai makan ni tada di review di mana-mana blog lagi rasanyalah. Satu pilihan tempat makan ala-ala Thailand berdekatan dengan Chenang. Rakan saudari yang aku asyik jumpa di kedai makan tu yang mula explore tempat ni.

Tada gambar lupa nak capture tapi lokasinya berdekatan dengan Pantai Chenang menghala ke Kedawang. Kalau dari pekan Chenang menghala ke Pantai Tengah, simpang tiga amik kiri dan lurus. Sebelum another simpang tiga akan nampak kedai makan yang betul-betul berdekatan dengan sebuah motel di kiri jalan. Bole ka macam ni aku bagi direction. Muahehehe.

Kedainya biasa-biasa je. Tapi sedikit lambat servisnya. Bersabar sedikit dapat makanan murah dan sedap, apa salahnya kan?

Kami makan sup tulang, keow teow kungfu, nasi goreng daging, nasi goreng ayam, nasi putih dua, kalian ikan masin, sotong goreng tepung, tomyam campur, telur dadar medium dan harganya RM53.

Gerai Laksa Pulau di tepi Lapangan Terbang Langkawi
Kalau tahun 2015 kami pekena laksa ikan sekoq (gerai merah), jadi tahun ni buat perubahan sikit. Kebetulan berhampiran ngan gerai ni ialah gerai nasi ayam madu sebab kembar minta nasi ayam jadi kami lepak sini pulaklah.

Pasembor di gerai ni sedap. Mak aku siap tapau walau pun dah melantak sepinggan di gerai. Esok Amni minta lagi pasembor lejen ni walau pun kami makan di gerai yang lain. Kalau laksa, aku prefer laksa ikan sekoq gerai merah lagi.

Gerai tak tahu nama di tepi Lapangan Terbang Langkawi
Sebelum ke airport nak balik kami lepak lagi di tepi pantai sambal makan-makan. Aku nak pekena laksa ikan sekoq yang lebih kaw tapi gerai merah pujaan hati tutup daaa. Take note hari Rabu tutup! Tak tahu samada weekly tutup atau hari tu je tutup. Wallahualam. Sebagai langkah berjaga-jaga aku assume hari Rabu off day.

Jadi kami makan di gerai yang aku tak tahu nama. Hehe. Okaylah laksa nya tapi laksa gerai merah juga sedap di tekak aku. Namun, mihun sup kat gerai ni sedap. Aku tak rasa tapi mak kata sedap. Kembar makan sampai habis licin. Jadi kat gerai ni, signature dish tuk famili aku ialah mihun sup.


Info:http://3justnice.blogspot.my/2016/05/tempat-makan-best-langkawi-2016.html

Wednesday 17 May 2017

TEMPAT PENGINAPAN DI LANGKAWI

1. The Cottage Langkawi Cache
Alamat : No 8, Kampung Haji Saad, Jalan Pantai Chenang, Pantai Cenang, Langkawi, Malaysia 07000
Harga : RM73 semalam.

2.Rasa Eksotika Vacation Home
Alamat : Jalan Pantai Cenang, Pantai Cenang, Langkawi, Malaysia 07000
Harga : RM90 semalam.


Info:https://lelakisihat.com/20161622/

AKTIVITI MENARIK YANG DAPAT DILAKUKAN DI PULAU LANGKAWI


5 Aktiviti Menarik di Langkawi

1)Parasailing di Tanjung Rhu Pulau Langkawi


Jalan-jalan mengelilingi pantai, tapi di atas udara! Di Langkawi, Parasailing boleh dilakukan di dua lokasi, iaitu di Pantai Cenang dan di Tanjung Rhu. Kalau diberi pilihan, Ayue nak ke Tanjung Rhu sebab dari apa yang Ayue baca, di sana lebih cantik.



2) Ronda sekitar Langkawi dengan menaiki helicopter



Nikmati keindahan Langkawi dari atas udara. Anda boleh sewa heli dari Langkawi Outpost. Dengan tagline mereka, 'Langkawi As Never Seen Before' sememangnya menjanjikan pengalaman yang luar biasa. Satu heli boleh memuatkan 4 orang, 1 pilot dan 3 passenger dengan bayaran sebanyak RM555 per ride.



3)Aktiviti lasak di Skytrex Langkawi



Di Malaysia, Skytrex mempunyai dua lokasi, satu di Shah Alam, dan satu lagi di Langkawi. Siapa suka aktiviti lasak memang wajib cuba yang ini. Tapi jangan risau, cabaran disana mempunyai level mengikut kemampuan anda, dari Little Legend Adventure (beginner), Eagle Thrill hingga ke Island Extreme. Berani kah?



4)Menunggang kenderaan lasak atv di Oriental village

4)Menunggang kenderaan lasak atv di Oriental village Oriental Village merupakan tempat yang menarik untuk dikunjungi kerana disana anda boleh membeli belah dan beriadah bersama keluarga. Antara aktiviti yang sangat menarik disini adalah menunggang kenderaan lasak ATV. 


5)Jacuzzi di Ayer Hangat Village



Nikmati air panas semulajadi Langkawi di Ayer Hangat Village. Menariknya, air panas di Langkawi berbeza dari air panas di tempat lain kerana air panas disini datangnya dari air masin, bukannya air tawar. Terdapat bilik khas yang disediakan untuk anda menikmati jacuzzi.


Info:www.ayueidris.com/2015/08/10-aktiviti-menarik-di-langkawi.html?m=1



Wednesday 10 May 2017

PETA PULAU LANGKAWI



  PETA PULAU LANGKAWI

Pulau ini adalah unik dalam erti kata bahawa ia mempunyai banyak mitos legendsand berkaitan dengan it.Langkawi Pulau itu juga dikenali sebagai Pulau Lagenda atau Pulau Legenda.

Yang paling bercakap tentang legenda bahawa Mahsuri yang dikatakan telah meletakkan kutukan di pulau ini selama tujuh generations.Luckily tempoh sumpahan ini adalah lebih sekarang dan Pulau Langkawi pantas menjadi destinasi pelancongan yang diiktiraf di peringkat antarabangsa.

Info:http://hakimahsulaiman.blogspot.my/2012/04/1-pulau-langkawi.html