Wednesday 17 May 2017

AKTIVITI MENARIK YANG DAPAT DILAKUKAN DI PULAU LANGKAWI


5 Aktiviti Menarik di Langkawi

1)Parasailing di Tanjung Rhu Pulau Langkawi


Jalan-jalan mengelilingi pantai, tapi di atas udara! Di Langkawi, Parasailing boleh dilakukan di dua lokasi, iaitu di Pantai Cenang dan di Tanjung Rhu. Kalau diberi pilihan, Ayue nak ke Tanjung Rhu sebab dari apa yang Ayue baca, di sana lebih cantik.



2) Ronda sekitar Langkawi dengan menaiki helicopter



Nikmati keindahan Langkawi dari atas udara. Anda boleh sewa heli dari Langkawi Outpost. Dengan tagline mereka, 'Langkawi As Never Seen Before' sememangnya menjanjikan pengalaman yang luar biasa. Satu heli boleh memuatkan 4 orang, 1 pilot dan 3 passenger dengan bayaran sebanyak RM555 per ride.



3)Aktiviti lasak di Skytrex Langkawi



Di Malaysia, Skytrex mempunyai dua lokasi, satu di Shah Alam, dan satu lagi di Langkawi. Siapa suka aktiviti lasak memang wajib cuba yang ini. Tapi jangan risau, cabaran disana mempunyai level mengikut kemampuan anda, dari Little Legend Adventure (beginner), Eagle Thrill hingga ke Island Extreme. Berani kah?



4)Menunggang kenderaan lasak atv di Oriental village

4)Menunggang kenderaan lasak atv di Oriental village Oriental Village merupakan tempat yang menarik untuk dikunjungi kerana disana anda boleh membeli belah dan beriadah bersama keluarga. Antara aktiviti yang sangat menarik disini adalah menunggang kenderaan lasak ATV. 


5)Jacuzzi di Ayer Hangat Village



Nikmati air panas semulajadi Langkawi di Ayer Hangat Village. Menariknya, air panas di Langkawi berbeza dari air panas di tempat lain kerana air panas disini datangnya dari air masin, bukannya air tawar. Terdapat bilik khas yang disediakan untuk anda menikmati jacuzzi.


Info:www.ayueidris.com/2015/08/10-aktiviti-menarik-di-langkawi.html?m=1



No comments:

Post a Comment